Monday, October 20, 2008

Bera: Perlancaran Sinar Pintar - Daftar

Pada 1hb. Ogos, 2008 Perpustakaan Awam Daerah Bera telah melancarkan Kelab Membaca Sinar Pintar Kebangasaan. Pada asalnya dijadualkan berlangsung di Bangunan Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pada tarikh yang sama Fama Daerah Bera telah merancang untuk mengadakan Perlancaran Pasar Tani Daerah Bera. Bagi menjadikan acara lebih meriah Fama Bera dan Perpustakaan Awam Daerah Bera telah melancarkan dua perkara tersebut di satu tempat. Tapak Pasar Tani Daerah Bera yang tidak jauh dari Perpustakaan Awam Daerah Bera telah dijadikan tapak perlancaran.
Walai bagaimana pun pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera telah ditugaskan menjemput YB atau wakil YB untuk merasmikan. Dukacitanya kami dimaklumkan bahawa pada masa tersebut semua cawangan Umno sedang sibuk mengadakan mesyuarat. Akhirnya pihak Fama Baera dan Perpustakaan Awam Daerah Bera bersyukur kerana Datin Asmah bt Wagio, Isteri Bekas Pegawai Daerah Bera bersetuju untuk hadir.

Aturcara Majlis:
3.00 petang -
Pendaftaran Peserta
4.00 petang -
Pertandingan Mewarna Untuk Golongan Ahli Sinar Pintar
Pertandingan Memasak Ikan Talipia Untuk Golongan Dewasa
5.00 petang -
Pertandingan Tamat dan Penghakiman Bermula
5.45 petang -
Ketibaan VIP
6.00 petang -
Penyampaian Hadiah
6.30 petang -
Bersurai
.
Berikuta adalah gambar-gambar semasa prosen pendaftaran peserta:

1 2 3 4 5 6 7 8

No comments: