Sunday, August 30, 2009

SK Kemayan - 1 Malaysia

07
06
05
04
03
02
01

Monday, August 24, 2009

Puppet 31.7.2009 - kumpulan bertanding

Ini adalah kumpulan yang bertanding semasa pertandingan puppet pada 31.7.2009.
04 Kumpulan Agil mendapat tempat yang keempat. Kumpulan ini dinamakan agil kerana semuannya nakal dan degil, maklumlah budak-budak lelaki sejati.
03 Kumpulan Animals telah mendapat tempat ketiga. Kumpulan perempuan yang kadang-kadang ganas kadang-kadang lembut.
02 Kumpulan Shadow Fire. Mendapat tempat kedua. Kumpulan lelaki api berbayang.
01 Kumpula Sweets adalah pemenang tempat pertama. Tahniah. Kumpulan perempuan yang manis.

Sunday, August 23, 2009

Puppet 31.7.2009 -pertandingan

Pada 31.7.2009 telah diadakan pertandingan puppet untuk Kanak-kanak Sinar Pintar Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pertandingan ini dihakimi oleh kanak-kanak dan ditonton oleh kanak-kanak juga. Seperti biasa Encik Lizune menjadi mentornya.
08
Matlamat pertandingan ini adalah untuk membina komuniti Kanak-kanak Bistari. Kanak-kanak bistari tentu mampu memikirkan apa yang dikehendaki oleh komuniti mereka. Menggerakkan komuniti mereka kearah aktiviti yang menyeronokkan mereka.
07
Jika komuniti inginkan pertandingan puppet, mentor Kelab Sinar Pintar akan membantu komuniti mereka bergerak kearah tersebut. Sebagai permulaan, siapa yang berminat perlu mencari kawan-kawan yang berminat dan menubuhkan kumpulan puppet mereka.
06
Semasa pembentukan kumpulan-kumpulan puppet, kita akan dapat melihat wujudnya kumpulan dalam komuniti bistari ini. Untuk mencari empat orang yang sehati dan sejiwa bukan tugas yang mudah. Tetapi tak susah dilakukan. Kadang-kadang kita boleh duduk dalam kumpulan yang besar bersama-sama tetapi kita tak dapat duduk dalam kumpulan yang lebih kecil bersama.
05
Untuk membentuk kumpula sesama perempuan atau sesama lelaki boleh timbulkan masalah setelah kumpula dibentuk. Ada yang nak menjadi ahli tetapi tak mahu datang sesi latihan. Semua proses pembentukan kumpulan tidak banyak memerlukan campur tangan mentor.
04
Semasa menyediakan skrip cerita untuk persembahan masing-masing kelam kabut. Akhirnya mentor masuk campur dengan menyediakan satu skrip khas untuk digunakan oleh semua kumpulan. Menggunakan satu skrip memudahkan hakim untuk memberi markan kerana persembahan menggunakan cerita yang sama.
03
Tambahan pula hakim untuk pertandingan pupput adalah kanak-kanak juga. Siapa yang bersemangat untuk membuat persembahan tetapi tidak dapat membentuk kumpulan, mereka berpeluang menjadi hakim. Bagusnya tiada siapa membantah keputusan hakim.
02
Tiada siapa yang dengki kepada hakim kerana hakim adalah semata-mata hakim sahaja. Mereka buat keputusan siapa yang menang dan mereka sendiri tak dapat apa-apa hadiah. Yang dapat hadiah adalah pemenang sahaja.
01
Mungkin kalau ada ibu bapa yang menjadi penonton ... ada yang kaku dan kelu sahaja ... tak dapat nak bercerita.

Friday, August 21, 2009

Jumaat 21.08.2009

Hari ini ramai kanak-kanak yang datang. Biasalah ada yang nakal, terlebih nakal dan ada yang malu-malu. Bagi membantu membendung wabak selsema babi H1N1, Perpustakaan Awam Daerah Bera ada menjual topeng hidung/mulut. Kami beli dengan harga 50 sen di Big Ten Bera. Kami jual juga 50 sen kepada pengguna perpustakaan yang masih belum memilikinya. Hari ini topeng yang dijual dah habis semuanya, balik modal.

Berbalik kepada cerita aktiviti hari Jumaat. hari ini diadakan dua aktiviti. untuk pelajar tadika dan tahun 1, 2 dan 3 diadakan Mewarna 1 Malaysia. Bagi pelajar tahun 4,5 dan 6 diadakan permainan karom di dalam bilik aktiviti. Gambar aktiviti hari ini tak sempat untuk dimasukkan.

Sekian.

Friday, August 7, 2009

Tiba-tiba tak ramai datang

Kebiasaannya akan ramai kanak-kanak pada setiap hari Jumaat. Tetapi pada jumaat 7.8.2009 ini tiba-tiba tak ramai. Ada dalam 30 orang yang keluar masuk. Kebiasaanya Ahli Sinar Pintar sibuk bertanyakan apa aktiviti hari Jumaat.

Mungkin disebabkan khabar-khabar mengatakan selsema babi H1N1 telah merebak di Bera. Jadi ibu bapa mungkin 'menyimpan' anak masing-masing dirumah. Bimbang sangat kalau-kalau terkena selsema babi H1N1. Hari ini pun ada seorang yang datang pakai tutup hidung. Tak jadi hairan pun pada budak-budak lain. Kadang-kadang bebudak ni bukan risau pun pasal selsema babi ke selsema H1N1 ke, yang penting mereka nak main dan kalau ada orang menjual mereka nak beli.

Aktivit yang dirancangkan pada hari ini ditangguhkan pada minggu depan. Pada Jumaat depan pun kena tengok dulu berapa ramai yang datang.

Sekian.

Puppet 24.7.2009

Ini adalah gambar sekitar aktiviti persembahan pupput oleh Ahli Sinar Pintar dan disaksikan oleh Ahli Sinar Pintar. Encik Lizune adalah mentor mereka pada hari ini. Mereka telah bercerita menggunakan skrip yang telah ditulis oleh Encik Lizune.

Mulanya cadang nak minta setiap kumpulan sediakan cerita masing-masing ... tapi ... tak jadilah. Bimbang macam-macam cerita pula terbit. Pegang puppet ayam tetapi wataknya Superman. Pegang puppet beruang tetapi wataknya Ultraman.
05
Kamilah Superman.
04
Inilah hakim lelaki.
03
Ini adalah hakim perempuan.
02
Kumpulan yang 'sporting'.
01
Penonton yang berdisplin.