Tuesday, October 21, 2008

Bera: Promosi Sinar Pintar

Bagi meningkat keberkesanan perlancaran Kelab Membaca Sinar Pintar di daerah Bera, pada 8hb. Ogos, 2008 pihak Perpustakaan Awam Daerah Bera telah sekali lagi menggunakan Pasar Tani Daerah Bera untuk menarik perhatian masyarakat kepada Kelab Membaca Sinar Pintar.

Pada kali ini Perpustakaan Awam Daerah Bera telah mengadakan Pertandingan Bina Menara. Datin Asmah bt Wagio telah sekali lagi sudi melapangkan seketika masa beliau untuk turut sama dengan peserta pertandingan. Datin Asmah bt Wagio telah mewakilkan Pegawai Fama Daerah Bera untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar pertandingan tersebut.
Datin Asmah bt Wagio sedang merasmikan promosi Sinar Pintar dengan demonstrasi membina menara.
1 2 3
Peserta sedang bertanding.
4 5 6 7
En. Mohd Khir mewakili Datin Asmah menyampaikan hadiah kepada pemenang.
8 9 10
DJ Nami yang didatangkan dari Chenor sedang memeriahkan program.
11

No comments: