Sunday, August 23, 2009

Puppet 31.7.2009 -pertandingan

Pada 31.7.2009 telah diadakan pertandingan puppet untuk Kanak-kanak Sinar Pintar Perpustakaan Awam Daerah Bera. Pertandingan ini dihakimi oleh kanak-kanak dan ditonton oleh kanak-kanak juga. Seperti biasa Encik Lizune menjadi mentornya.
08
Matlamat pertandingan ini adalah untuk membina komuniti Kanak-kanak Bistari. Kanak-kanak bistari tentu mampu memikirkan apa yang dikehendaki oleh komuniti mereka. Menggerakkan komuniti mereka kearah aktiviti yang menyeronokkan mereka.
07
Jika komuniti inginkan pertandingan puppet, mentor Kelab Sinar Pintar akan membantu komuniti mereka bergerak kearah tersebut. Sebagai permulaan, siapa yang berminat perlu mencari kawan-kawan yang berminat dan menubuhkan kumpulan puppet mereka.
06
Semasa pembentukan kumpulan-kumpulan puppet, kita akan dapat melihat wujudnya kumpulan dalam komuniti bistari ini. Untuk mencari empat orang yang sehati dan sejiwa bukan tugas yang mudah. Tetapi tak susah dilakukan. Kadang-kadang kita boleh duduk dalam kumpulan yang besar bersama-sama tetapi kita tak dapat duduk dalam kumpulan yang lebih kecil bersama.
05
Untuk membentuk kumpula sesama perempuan atau sesama lelaki boleh timbulkan masalah setelah kumpula dibentuk. Ada yang nak menjadi ahli tetapi tak mahu datang sesi latihan. Semua proses pembentukan kumpulan tidak banyak memerlukan campur tangan mentor.
04
Semasa menyediakan skrip cerita untuk persembahan masing-masing kelam kabut. Akhirnya mentor masuk campur dengan menyediakan satu skrip khas untuk digunakan oleh semua kumpulan. Menggunakan satu skrip memudahkan hakim untuk memberi markan kerana persembahan menggunakan cerita yang sama.
03
Tambahan pula hakim untuk pertandingan pupput adalah kanak-kanak juga. Siapa yang bersemangat untuk membuat persembahan tetapi tidak dapat membentuk kumpulan, mereka berpeluang menjadi hakim. Bagusnya tiada siapa membantah keputusan hakim.
02
Tiada siapa yang dengki kepada hakim kerana hakim adalah semata-mata hakim sahaja. Mereka buat keputusan siapa yang menang dan mereka sendiri tak dapat apa-apa hadiah. Yang dapat hadiah adalah pemenang sahaja.
01
Mungkin kalau ada ibu bapa yang menjadi penonton ... ada yang kaku dan kelu sahaja ... tak dapat nak bercerita.

No comments: