Wednesday, July 16, 2008

Kelab Membaca Kebangasaan SINAR PINTAR

Keahlian Kelab Membaca kebangasaan SINAR PINTAR terbuka kepada semua kanak-kanak dan setiap kelab akan diketuai dan dikendalikan oleh sekurang-kurangnya dua orang mentor sukarela dari kalangan masyarakat setempat. Ahli-ahli kelab akan berjumpa sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk menjalankan aktiviti kelab seperti membaca secara berkumpulan dan banyak lagi aktiviti menarik. Dalam masa terdekat ini, terdapat juga rancangan untuk menerbitkan buku komik manga bersiri yang istimewa dan eksklusif untuk ahli-ahli kelab SINAR PINTAR.

Ahli-ahli Kelab Membaca Kebangasaan SINAR PINTAR juga berpeluang untuk menyertai pelbagai pertandingan membaca peringkat daerah, negeri dan kebangasaan. Pertandingan ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti choral speaking, pertandingan mengeja, kuiz dan mencari pembayang tersembunyi. Pemenang-pemenang peringkat kebangasaan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti percutian dan banyak lagi.

TUNGGU APA LAGI?
JADILAH AHLI ATAU SUKERELAWAN
SINAR PINTAR HARI INI.

Kunjunglah ke Perpustakaan Awam dan Perpustakaan Desa di tempat masing-masing.

No comments: