Wednesday, July 16, 2008

Potensi anak-anak kita bermula bila mereka menyertai SINAR PINTAR

Menjadi sebahagian daripada Kelab Membaca SINAR PINTAR adalah salah satu cara terbaik bagi kanak-kanak menyelami keseronokan dunia membaca. Dengan membaca, belajar dan berkongsi minat bersama kanak-kanak lain dapat menggalakkan mereka mencari potensi sebenar dan mengembangkan imaginasi.

Penubuhan Kelab Membaca Kebangasaan SINAR PINTAR bertujuan untuk memperkayakan kehidupan dan masa depan kanak-kanak melalui amalan membaca. Ia juga direka untuk memenuhi masa kanak-kanak bersama keluarga mereka serta serta masyarakat setempat dengan aktiviti-aktiviti kreatif lagi menarik yang berkaitan dengan buku. Program ini juga direka bertujuan untuk menggalakkan amalan membaca sebagai aktiviti masa lapang yang menyeronokkan dan juga untuk membentuk kebolehan mereka melalui aktiviti-aktiviti seperti, membaca, menulis, kesenian kraf dan IT.

"JADIKANLAH SAYA AHLI KELAB MEMBACA KEBANGASAAN SINAR PINTAR!"

"SAYA BERMINAT MENJADI MENTOR SUKARELAWAN KELAB MEMBACA KEBANGASAAN SINAR PINTAR"

Sign up as a member or volunteer today!

No comments: