Friday, March 27, 2009

pdsgpinangaktv.blogspot.com

.
(1) Aktiviti : Bijak Jawi
Mentor: Cik Mazatul Amira binti Ahmad
Encik Khairul Naqib bin Zainol
Penasihat : Puan Rosna binti Chin
Aktiviti sebegini diharapkan dapat membuka minda generasi kini memartabatkan kembali tulisan jawi yang hampir dilupakan oleh generasi hari ini di samping menyahut seruan kerajaan untuk menjayakan kempen Jawi . Peserta diberi penerangan oleh mentor jemputan untuk menyebut perkataan jawi dengan senang dan tepat. Di akhir aktiviti soalan berbentuk silangkata diberikan. Bahan rujukan yang digunakan ialah buku Jawi tahun 1.
.
(2) Aktiviti: bercerita
Mentor: Puan Mazirah binti Abdullah dan Puan Nor Azlinda binti Aziz
Peserta: 20 orang kanak-kanak Tabika kemas Sungai Pinang
Kelab Sinar Pintar Pd PNM Sungai Pinang hari ini buat julung kali mengadakan aktiviti bercerita.Cerita hari ini bertajuk Sang Semut Yang Baik hati. Cerita ini agak menarik kerana mesej yang disampaikan agak menarik dan terselit nilai murni yang sesuai untuk dijadikan pengajaran kepada kita semua. Nilai moral yang ingin disampaikan oleh penulis buku ini ialah rajin,sabar,baik hati ,tolong menolong dan berterima kasih. Manakala sikap yang buruk yang harus dijauhi ialah malas. Untuk berjaya dalam hidup kita harus rajin berusaha.

LAIN-LAIN
Aktiviti : Bingkisan Buat Yang Tersayang
perlu mencipta bingkisan buat insan tersayang melalui sekeping kad yang diberikan dengan menulis bait-bait indah buat insan tersayang dengan meggunakan bahan -bahan yang diberi.
.
Aktiviti : Dot TO Dot
Aktiviti ini agak ringkas tetapi menyeronokkan. Peserta hanya perlu menyambung titik 1- 10 menjadi ikan yang comel dan mewarna mengikut kreativiti tersendiri.

No comments: